Pegangi kata-kata ini....

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Untuk tempahan jongkong emas, rantai emas, dinar dan perak Public Gold sila hubungi saya dengan cara..

Telefon: 013-9228908
Email: Jualemas525@gmail.com

Saya sedia membantu anda.

6 Jenis Pelaburan dan Tahap Risiko

6 Jenis Pelaburan dan Tahap Risiko

1. Simpanan Tetap Di Institusi Kewangan


Kadar pulangan tetap sekitar empat hingga enam peratus. Jika kadar inflasi tinggi maka pulangan sebenar akan berkurangan.

Sebagai contoh, jika pulangan adalah empat peratus dan kadar inflasi juga empat peratus setahun, maka pulangan sebenar adalah sifar.

Bagaimanapun, modal pokok adalah terjamin.

Bagi yang takutkan risiko, pelaburan ini adalah pilihan sesuai kerana risikonya paling rendah, tetapi pulangan juga rendah.


2. Amanah Saham


Kadar pulangan biasanya lebih tinggi daripada simpanan tetap kerana ia bergantung kepada prestasi saham yang dilaburkan pengurus saham amanah.

Jika pengurusan amanah saham itu tidak cekap atau pasaran saham jatuh merudum maka pulangannya boleh menjadi negatif.

Biasanya pulangan antara tujuh hingga 12 peratus setahun.

Terdapat risiko modal pokok berkurangan apabila nilai saham amanah jatuh bawah nilai.

Bagaimanapun pelaburan umumnya adalah cair iaitu boleh dikeluarkan dengan mudah pada bila-bila masa.

Prestasi pulangan sangat bergantung kepada kecekapan pengurus dana, maka pemilihan saham amanah yang hendak dilabur sangat kritikal.


3. Insurans Hayat


Matlamat utama ialah melindungi pemilik polisi apabila berlaku kemalangan atau kejadian mudarat seperti kematian, kecederaan, sakit dan sebagainya.

Ada skim yang bertindak serentak sebagai instrumen pelaburan.

Seseorang pemegang polisi insurans seharusnya membandingkan tawaran yang diberikan pelbagai syarikat insurans supaya tawaran yang dipilih paling sesuai dengan keperluannya dan kadar premium yang paling menguntungkan.

Prestasi syarikat insurans dalam mengotakan janji apabila tuntutan dibuat juga perlu diselidiki.


4. Hartanah


Kadar sewaan, pendapatan atau pulangan bergantung kepada lokasi dan jenis hartanah.

Kadar sewaan dan harga hartanah biasanya turut meningkat bersama inflasi.

Biasanya nilai hartanah akan meningkat. Sebagai contoh, 25 tahun lalu tanah di Shah Alam dijual pada harga RM3 sekaki persegi dan pada 2005 ia dijual pada harga RM50 sekaki persegi.

Risiko yang ditanggung seperti tiada penyewa, berlaku kebakaran, pelaburan tidak begitu cair jika dibandingkan pelaburan dalam amanah saham.

Jika kadar sewa tinggi sekitar lapan hingga 10 peratus daripada harga rumah setahun, bayaran bulanan pinjaman bank mungkin boleh ditampung menggunakan duit sewa bulanan khususnya jika tempoh pinjaman panjang dan kadar faedah pinjaman antara enam hingga tujuh peratus.

Biasanya peluang sedemikian wujud di tempat yang permintaan rumah sewa tinggi.

Seorang pelabur hartanah berpengalaman berkata, faktor paling penting ialah lokasi, lokasi dan lokasi.

Ringkasnya pendapatan diperoleh daripada sewa dan kenaikan nilai hartanah.


5. Melabur Terus Dalam Saham Tersenarai Di Pasaran Saham


Pelaburan ini sepatutnya boleh menjana pulangan lebih tinggi dari pelaburan lain, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian.

Risikonya tinggi kepada mereka yang tidak berpengetahuan, berpengalaman dan berdisiplin.

Bagi yang berminat, sila baca The Inteligent Investor oleh Benjamin Graham dan buku tulisan Robert G Hagstrom mengenai kaedah pelaburan yang diamalkan Warren Buffet.

Mengikut penulis buku ini, antara asas utama kriteria memilih saham syarikat ialah nilai tawaran saham berbanding nilai perniagaan syarikat, potensi pertumbuhan, kualiti pengurusan syarikat, kurangnya risiko yang boleh mengancam perniagaan, margin keselamatan pembelian saham itu.

Anda perlu berpengetahuan menganalisis prestasi dan potensi syarikat, sektor berkaitan dan nilai dalaman syarikat supaya mampu memilih saham terbaik.

Anda juga perlu berdisiplin mengawal diri terhadap sifat takut dan tamak supaya tidak mengganggu keputusan membeli dan menjual.

Semua belian dan jualan dibuat berasaskan analisis berdasarkan fakta, pengetahuan perniagaan dan ekonomi dan kefahaman tentang perwatakan pasaran saham.

Umumnya, prestasi pulangan dan risiko yang terbabit bergantung kepada faktor positif dan negatif dalaman syarikat dan faktor positif dan negatif luaran syarikat.

Pembelian berdasarkan khabar angin atau terikut-ikut dengan orang lain pasti akan mengundang kerugian besar.


6. Melabur Sebagai Usahawan Dalam Perniagaan


Semua pulangan dari pelaburan tetap dalam bank, amanah saham atau saham adalah pendapatan lebihan dari perniagaan kerana wang yang dilaburkan itu digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan perniagaan.

Oleh itu mereka yang melabur secara langsung dalam perniagaan seharusnya boleh menjana pendapatan jauh lebih tinggi berbanding pulangan dari pelaburan pasif.



-Oleh Prof Madya Sodri Ariffin, Pensyarah Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC), UiTM.


p/s : Satu lagi pelaburan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat global adalah 'pelaburan emas'. Hal yang demikian kerana kebarangkalian nilai emas menurun adalah sangat tipis. Tambahan pula nilai emas yang sangat stabil sejak zaman berzaman mengurangkan risiko inflasi di dalam pasaran.


Harga semasa emas dan perak (sehingga hari ini) :

2009
1 dinar (emas) = RM101
1 dirham (perak) = RM15

2011
1 dinar (emas) = RM180
1 dirham (perak) = RM25

Wallahu'alam.

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Leave a Reply