Pegangi kata-kata ini....

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Untuk tempahan jongkong emas, rantai emas, dinar dan perak Public Gold sila hubungi saya dengan cara..

Telefon: 013-9228908
Email: Jualemas525@gmail.com

Saya sedia membantu anda.

Pamplet Produk Public Gold

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dipertemukan kita di sini. Sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan, saya lampirkan beberapa pamplet produk Public Gold untuk pelawat blog. Semoga maklumat memberi manafaat kepada semua. Mulalah menyimpan emas sekarang kerana nilainya yang sememangnya diketahui... dan juga kerana ia kalis inflasi.

Emas Ibu Duit

Pamplet Gold Bar



Pamplet Dinar



Pamplet Silver Bar





Sila klik pada imej untuk Zoom.


POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

6 Tips Memahami Naik Turun Harga Emas

Untuk memudahkan sahabat fahami perangai harga emas, saya senaraikan 6 tips penting. Walaupun mungkin kita tak faham analisis teknikal harga emas (yang agak rumit), insyaAllah kita boleh faham serba sedikit pasal naik turun harga emas ni.


Tips #1: Bila Harga Memucak Tinggi - Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.

Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak - Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor 'fundamental' yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun.

Iaitu seperti bencana alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb. Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai 'insurans' masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.

Tips #3: Emas Terus Naik Jangka Panjang - Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2011), trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.

Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat September 2011 baru sahaja USD1,900.

Tips #4: Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa - Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.

Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun.  So, jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.

Tips #5:  Mengukur Potensi Kenaikan Harga - Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).

Kalau anda orang baru, try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 dinar.

Tips #6: Waktu Terbaik Memborong Emas - Bila harga emas jatuh banyak macam September 2011, itu masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.

Bukannya tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).

Berdasarkan banyak indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney (pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.

\
Kalau anda faham isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi. ‘Krisis’ begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan Michael Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas. Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakat jadi sama taraf dengan ‘tisu tandas’ kata Tun Dr. M.

Kredit buat: http://www.mohdzulkifli.com

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

7 JANGAN Dalam Simpanan Emas

Posted by cikgusimple on November 8th, 2011

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya. Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.


1.Jangan malas

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas, dapatkan info yang berkaitan dengan emas, sejarahnya, perkaitan dengan wang kertas, jenis-jenis emas, produk yang ada di pasaran, dan banyak lagi yang perlu anda ketahui. Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.

Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas Emas”.


Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet


2.Jangan Ar rahnu sebarangan

Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?

Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain

Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.

Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.


Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya


3.Jangan jual emas anda


Jangan jual emas anda tanpa sebab. Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :

1.Rumah   2.Hartanah   3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes  5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.


4.Jangan simpan wang kertas

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.


5.Jangan tunggu

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?


Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!


6.Jangan tolak

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?


Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan  di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.

Sokonglah matawang sunnah Islam


7.Jangan pentingkan diri sendiri

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.


Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas ada.

Sekian dahulu dari saya..jumpa lagi

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Kaedah pengiraan Pinjaman Ar-Rahnu Agro Bank



Salam Sejahtera..untuk entri kali ini adalah berkaitan dengan kaedah pengiraanPinjaman oleh Ar-Rahnu Agro bank…

oleh itu hasil daripada googlelan aku…aku mendapati ada satu site yang boleh memberi kepahaman kepada aku sedikit sebanyak tentang cara pengiraan Pinjaman Ar-Rahnu dibuat…dan dirasakan dapatlah dikongsikan cara pengiraan ini..hehehe

sumber :- Dinar-Emas

  • Nilai Marhum= Nilaian Harga Emas Semasa
  • Pinjaman= terpulang jika kita hendak meminjam sebanyak 50%,60% ataupon 70% dari nilai Marhum
  • Upah Simpan= kos simpan emas selama 6 bulan


Pengiraan.

* Cara kiraan berasaskan surat pajak diatas.


  • Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
  • Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
  • Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.
  • Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 (ini adalah nilai emas) Nilai pinjaman = 65% x RM7092= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00

Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.

Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu

Margin pinjaman

Upah simpan sebulan

50% ke bawah RM0.50 / 100
50.1% sehingga 60% RM0.60 / 100
60.1% sehingga 70% RM0.75 / 100
Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:

(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan

RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14

Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal. No problem.
Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?

Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.

Mudah saja

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:

1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000

2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.

3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.

4. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)

5. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
jongkong emas dan dinar emas.

2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan

3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.

4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu

5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

entri asal:- Dinar-Emas

P/s:- Sekiranya pemilik asal merasakan tidak wajar artikel ini dikongsi..sila hubungi saya agar saya dapat membuang artikel ini.terima kasih.

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Krisis Greece ancam dunia (Arkib Utusan Malaysia) 2/10/2011


GREECE terjerumus ke dalam kancah kemelut ekonomi Eropah dan mungkin boleh mengheret dunia ke alam kemelesetan. Bagaimana boleh terjadi sedemikian dan kenapa Kesatuan Eropah (EU) lemah menangani masalah ini? Pilihan yang terbuka kepada Greece tidak banyak dan semuanya ada implikasi serius.

Kalau masalah Greece tidak diselesaikan, ekonomi Eropah boleh merudum dan tentunya Malaysia juga terasa tempiasnya.

Greece terperangkap dalam putaran ganas kemuflisan, daya saing dan kediri rendah serta kemerosotan ekonomi semakin mendalam. Masalah ini berpunca daripada pengurusan ekonomi lemah, rasuah dan perbelanjaan boros sehingga hutang negara mencecah 113 peratus. Defisit perbelanjaan kerajaan pula 13.6 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009. Hutang negara ini dijangka naik sehingga 200 peratus dari KDNK tidak lama lagi. Kedudukan kewangan sektor awam menjadi genting sehingga pendapatan kerajaan (dari cukai dan hasil sebagainya) tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awam!

Hutang gergasi Greece sebanyak AS$400 billion telah dibiayai oleh bank-bank Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Jerman dan bank-bank tempatannya sendiri melalui terbitan (penjualan) bon kerajaan Greece. Selalunya, bon kerajaan amat dipercayai dan dianggap tidak berisiko tinggi kerana kerajaan mempunyai keupayaan kewangan kukuh untuk membayar hutangnya.

Kebimbangan tentang keutuhan bon kerajaan mula muncul apabila Dubai yang dianggap kaya raya tidak dapat membayar hutangnya dan terpaksa minta pertolongan Abu Dhabi. Oleh kerana jumlah hutang terlalu besar dan pendapatan kerajaan kecil akibat pertumbuhan ekonomi rendah berikutan kelemahan ekonomi Eropah, ramai khuatir bahawa Greece akan default dan gagal membayar hutang bonnya. Jika ini berlaku, maka sistem kewangan dunia yang sudah lemah kerana baru sahaja dilanda teruk krisis kewangan global 2008/09, akan runtuh kerana bank-bank mengalami kerugian besar dan masyarakat umum hilang keyakinan yang boleh membawa kepada bank run. Jika bank muflis, kerajaan terpaksa mengambil alih dan dana besar diperlukan untuk memulihkan bank berkenaan.

Jika Greece tidak dapat membayar hutangnya, terdapat kebimbangan bahawa Itali, Portugal, Ireland dan Sepanyol yang juga mempunyai beban hutang besar mungkin akan gagal membayar hutang. Akhirnya, bank-bank utama Eropah yang memegang bon Greece dan negara-negara ini akan jadi muflis dan seterusnya membawa kepada kemusnahan sistem perbankan Eropah dan boleh jadi dunia juga. Oleh itu, Greece mesti diselamatkan bagi kebaikan semua pihak.

Cara EU dan IMF menyelamatkan Greece adalah dengan memberi pinjaman bagi membiayai operasi sektor awam dan untuk membayar hutang kerajaan Greece. Justeru, pada Mei 2010 EU dan IMF bersetuju menyediakan pakej penyelamat sebanyak €110 billion. Walaupun komitmen pinjaman diberi, keyakinan terhadap ekonomi dan sistem kewangan EU terus diragui. Pada Februari 2011 Menteri Kewangan EU telah menubuhkan Tabung Stabiliti Eropah bernilai €400 billion. Pinjaman pertama kepada Greece ternyata tidak cukup. EU terpaksa memberi talian hayat kepada Greece dengan pakej penyelamat kedua sebanyak €109 bilion pada Julai 2011.

Jimat cermat

Pinjaman ini diberi dengan syarat Greece melaksanakan langkah jimat cermat dan meningkatkan pendapatan kerajaan. Gaji dan pencen kakitangan awam dipotong, cukai dinaikkan, cukai baru diperkenalkan dan banyak projek diswastakan. Rakyat Greece menganggap langkah mengikat tali perut ini keterlaluan sehingga menyebabkan kesusahan amat sangat. Pekerja pengangkutan awam, pemandu teksi, kakitangan awam, guru dan pengawal trafik udara bertindak mogok. Ramai merusuh dan menunjukkan kemarahan dengan merosakkan harta awam.

Pinjaman yang diterima dan langkah jimat cermat ini tidak membuahkan sepenuhnya hasil yang dijangkakan. Pihak memberi pinjam iaitu EU dan IMF berpendapat program penjimatan tidak dilaksanakan dengan berkesan dan tidak mengikut jadual. Mereka mendesak wang pinjaman akan hanya diberi jika langkah penjimatan dan peningkatan pendapatan dijalankan dengan tegas dan cepat. Kerajaan Perdana Menteri George Papandreou tentunya sukar mematuhi desakan ini kerana program penjimatan menerima tentangan hebat daripada rakyat.

Akibatnya, ekonomi Greece terus meleset kerana pasaran tidak yakin bahawa ekonomi akan pulih. Bank-bank yang memegang bon kerajaan Greece mahukan bayaran dibuat segera. Rakyat negara yang memberi pinjaman terutamanya Jerman juga menentang kerana tidak mahu kerajaan mereka menggunakan dana awam untuk membantu negara lain walaupun ia ahli EU. Rakyat Jerman marah kerana wang dari titik peluh mereka digunakan untuk menyelamatkan negara lain yang boros berbelanja. Dana pinjaman Jerman untuk Greece perlu diluluskan oleh Parlimen negara itu. Canselor Angela Merkel terpaksa bertungkus lumus memujuk Parlimen Jerman untuk meluluskan usul tersebut.

Suasana di Greece memang muram. KDNK tahun ini dijangka menguncup sebanyak 6.3 peratus dan tahun depan (2012) akan terus menurun sebanyak 5.9 peratus. Kadar pengangguran akan melonjak kepada 17 peratus.

Apakah opsyen yang ada bagi Kerajaan Greece? Jawabnya tidak banyak. Menteri Kewangan Greece Evangelos Venizelos merungut bahawa negaranya telah “diugut dan dihina” serta menjadi “korban” ketidakcekapan EU. Manakala rakyat Greece pula menuduh kerajaan mereka menyerahkan kuasa mentadbir dan maruah negara kepada EU. IMF dan bank-bank mengenakan syarat-syarat yang tidak boleh diterima. Contohnya, sekarang ini rakyat Greece yang berpendapatan hanya RM20,000 setahun atau RM1,700 sebulan terpaksa membayar cukai pendapatan.

Opsyen pertama adalah bagi Greece melaksanakan langkah penjimatan lebih berkesan dan menerima syarat pinjaman tambahan yang perit terutamanya menaikkan cukai. Dengan ini, Greece boleh terus mendapat pinjaman dan boleh membayar hutangnya. Tetapi, opsyen ini boleh menyebabkan ekonomi Greece meleset lebih teruk kerana tidak ada program untuk mengembangkan ekonomi seperti pakej rangsangan melalui perbelanjaan sektor awam. Jika ini berlaku, pemulihan mengambil masa lama. Yang selamat adalah bank-bank memegang bon kerajaan Greece.

Opsyen kedua adalah Greece tidak membayar hutangnya iaitu default dan keluar dari EU. Setengah ahli ekonomi seperti Prof. Nouriel Roubini mencadangkan ini sebagai opsyen terbaik. Jika begitu, Greece dapat menurun kadar mata wangnya yang boleh meningkatkan eksport, menjalankan program rangsangan ekonomi dan meningkatkan daya saing. Apabila ekonomi berkembang, pendapatan kerajaan akan pulih dan hutang dapat dikurangkan.

Jika pilihan ini diambil, keyakinan terhadap ekonomi dan bank EU akan hancur sepenuhnya dan bank yang terdedah kepada hutang di EU akan muflis. Mata wang Euro juga mungkin akan berpecah kerana pasaran tidak mahu lagi memegang Euro. Ekonomi seluruh EU akan meleset, kecuali negara yang kukuh seperti Jerman.

Hutang

Opsyen ketiga ialah pengeluaran bon baru oleh kumpulan institusi kewangan antarabangsa untuk menggantikan bon kerajaan Greece. Opsyen ini telah diambil untuk menyelesaikan masalah hutang Argentina pada tahun 1990-an. Bon baru yang dinamakan “Brady Bond” dikeluarkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan bon Argentina. “Brady Bond” adalah sempena nama Setiausaha Kewangan AS masa itu. Tetapi opsyen ini tidak boleh dibuat kerana ekonomi Greece lemah dan tidak boleh berkembang untuk membayar bon baru ini.

Penyelesaian masalah hutang Greece bukan hanya terletak di bahu negara itu sahaja. Ia memerlukan penyelesaian serantau (EU) dan masyarakat antarabangsa kerana dana yang diperlukan adalah amat besar. Menurut Pengarah Urusan IMF yang baru, Christine Lagarde, walaupun implementasi pakej penjimatan penting, pemulihan ekonomi hanya boleh dicapai jika hutang dikurangkan. Memang, punca masalah ini adalah keborosan kerajaan Greece tetapi bank-bank juga tidak boleh terlepas tanggungjawabnya. Mereka begitu ghairah memberi pinjaman tanpa meneliti risiko yang terlibat. Oleh itu, bank-bank perlu berkongsi kerugian dan mesti menerima jumlah pembayaran balik pinjaman yang lebih kecil.

Satu pengajaran penting dari pengalaman Greece ialah menyelesaikan hutang melalui pinjaman dari punca luar bukanlah satu penyelesaian kekal. Ekonomi sesebuah negara hanya boleh pulih dan terus maju jika ia ada daya saing dan asas mantap. Tanpa pertumbuhan ekonomi, masalah hutang negara akan datang semula. Dayang saing yang berasaskan produktiviti dan kadar mata wang yang realistik serta fleksibel penting untuk pertumbuhan ekonomi.

EU pula tidak boleh berlengah dan perlu menjalankan langkah pemulihan dengan segera dan tegas. Perbalahan dan ketidaktentuan akan membuatkan pasaran gusar dan hilang keyakinan. Progam baru untuk membantu bagi ahli-ahli EU yang bermasalah perlu diwujudkan dengan segera dan jumlah bantuan yang diperlukan mesti dibuat secara betul berasaskan maklumat tepat. Langkah pantas perlu diambil kerana jika tidak pelabur akan mengalihkan dana mereka keluar kepada pelaburan di tempat lain yang dianggap lebih selamat. EU juga perlu ada sumber secukupnya jika bank-bank mereka memerlukan suntikan dana dan penambahan modal terutamanya bagi kerajaan Itali dan Sepanyol yang kedudukannya tidak begitu mantap.

Krisis di Eropah ini menampakkan satu perubahan baru yang penting. Kali ini AS tidak mampu mengambil peranan sebagai penyelamat kerana ekonominya sendiri bermasalah. Sebaliknya, dunia beralih kepada kuasa baru iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) sebagai penyelamat baru. Setakat ini, BRICS masih lihat dan tunggu. Jika mereka menjadi penyelamat, ini merupakan fenomena unik kerana negara sedang membangun membantu negara maju. Yang jelas BRICS semakin berpengaruh di persada dunia. BRICS ada dana yang besar, pertumbuhan ekonomi tinggi, daya saing yang kuat, sumber yang banyak dan pasaran besar. BRICS juga berjaya mengharungi krisis global dengan baik dan ekonomi mereka pulih dengan cepat.

Secara kesimpulan, krisis hutang Greece bukan masalah negara itu sahaja. Dunia akan terjejas secara langsung dan tidak langsung apabila krisis di Greece menular ke negara lain dan kemelesetan merebak ke seluruh dunia.

Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin

ialah Ketua Eksekutif

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Harga emas tak menentu.... adakah kerana Libya?

Assalamualaikum... dan salam 1 Malaysia

Harga emas semasa (25 Oktober 2011)

Harga emas bulanan (Oktober 2011)

Pening memikirkan harga emas semasa yang turun naiknya tidak menentu sekarang ini. Pasaran juga agak stabil dan ini menyebabkan aku seorang perempit agak binggung. Setelah dibaca satu artikel yang dipetik dalam web http://www.hargaemas.com.my/saya-beri-duit-saya-beri-emas-jangan-tembak/ agak gusar dan gundah gulana juga perasaan di hati ini. Walauapapun yang berlaku aku tetap berpegang kepada pelaburan yang mulia ini. Mungkin ini adalah dugaan dan cabaran sebelum menjadi seorang usahawan emas yang berjaya... hehehe.

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 1 Comment

Apa kata Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.



Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments