Pegangi kata-kata ini....

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Untuk tempahan jongkong emas, rantai emas, dinar dan perak Public Gold sila hubungi saya dengan cara..

Telefon: 013-9228908
Email: Jualemas525@gmail.com

Saya sedia membantu anda.

Emas Syarikat X atau Syarikat Z?


Untuk pengetahuan anda, ada dua perkara paling penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat pelaburan emas iaitu harga jual dan spread rate yang ditawarkan. Spread ialah peratus beza harga jual dan beli.

Bagaimana cara mengira kadar spread?
Caranya mudah sahaja, mula2 kita lihat harga jual (we sell) dan harga beli(we buy)


Gold (Gram)
We Sell (RM)
We Buy (RM)
10
1850

1750


Cari beza di antara harga jual dan harga beli => 1850-1750 = 100
Kemudian, cari peratus perbezaan harga tersebut => 100 /1850 x 100 = 5.4%
Peratus serendah 5% inilah yang dinamakan spread rate

Mengapa perlu harga dan kadar spread yang rendah?

Untuk makluman anda semua, kebanyakan syarikat pengeluar emas tidak akan membeli emas keluaran syarikat yang lain. Jika mereka beli pun, harganya akan ditolak sehingga 20%-30% daripada harga semasa.  Ini merupakan satu kerugian besar bagi pemegang emas. Jadi, tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki, ialah di tempat asal anda membelinya. Oleh itu, ianya amat penting, apabila anda membeli sesuatu produk emas itu, pastikan ia boleh dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tinggi (spread rendah), serta ketahui syarat-syarat jualan semulanya.

Namun begitu, jika anda mahu memaksimumkan keuntungan anda, spread ini boleh diabaikan. Caranya ialah anda menjual kembali emas tersebut kepada end user, bukannya kepada pihak pengeluar. Jika anda menjual kepada pengeluar, mereka akan membeli dengan harga We Buy seperti yang tertera di laman web, ini sedikit merugikan. Namun, jika anda menjual kepada end user, anda boleh menjualnya dengan harga semasa seperti yang tertera di laman web. Jadi di sini, spread anda adalah 0%.. Spread yang tertera di laman web boleh diabaikan.

Berikut merupakan situasi dan perbandingan yang sering berlaku dalam hal memilih emas.:

1) Syarikat X dan Syarikat Z menawarkan harga jual yang sama dan spread yang berbeza iaitu Syarikat X 10%, Syarikat Z 5%
Dalam kes ini, Syarikat Z haruslah menjadi pilihan anda kerana spread Syarikat Z lebih rendah.

2) Syarikat X dan Syarikat Z menawarkan harga jual yang agak jauh berbeza. Harga Syarikat X untuk 100g adalah RM15,000 manakala Syarikat Z RM16,000. Spread Syarikat X 10%,  dan Syarikat Z  5%.
Di dalam kes ini, jika anda memilih untuk jual kembali kepada pihak pengeluar, Syarikat Z haruslah menjadi pilihan kerana perbezaan spread yang agak ketara di antara keduanya. Namun begitu, jika anda tidak bercadang untuk menjual kembali kepada pengeluar dan mahu menjual kepada end user, syarikat X adalah yang terbaik kerana pada pembelian pertama lagi anda sudah untung RM1000, dan spread anda adalah 0% jika menjual kepada end user..

3) Syarikat X dan Syarikat Z menawarkan harga jual yang agak jauh berbeza. Harga Syarikat X untuk 100g adalah RM16,000 manakala Syarikat Z RM15,000. Spread Syarikat X 5%,  dan Syarikat Z  6%.
Di dalam kes ini, Syarikat Z menjadi pilihan utama tidak kira jika anda mahu menjual kepada syarikat atau kepada end user. Ini kerana, pada pembelian pertama lagi anda sudah untung RM1000 jika membeli dengan Syarikat Z. Jika anda memilih untuk jual kembali kepada pihak pengeluar, perbezaan spread di antara keduanya terlalu sedkit berbanding semasa anda mula-mula membeli. Jika anda tidak bercadang untuk menjual kembali kepada pengeluar dan mahu menjual kepada end user, sememangnya Syarikat Z adalah yang terbaik kerana pada pembelian pertama anda sudah untung RM1000 dan spread anda adalah 0%.

4) Syarikat X menawarkan proses lock atau jual beli 24 jam dan harga mengikut harga pasaran semasa, manakala syarikat Z hanya mengubah harga sehari sekali sahaja dan waktu operasi terhad.
Syarikat X akan menjadi keutamaan kepada pelabur jangka masa pendek (trader) dan Syarikat Z untuk pelabur jangkamasa panjang.

Sebagai kesimpulan, ikutlah kepada cara macammana anda ingin melabur duit anda. Sekiranya anda membeli emas dengan harga yang mahal, anda akan menjual emas itupun dengan harga yang mahal kepada syarikat itu. Sekiranya anda membeli emas dengan harga yang murah maka murahlah emas itu dibeli kembali oleh syarikat itu. Tepuk dada tanya selera. 

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 1 Comment

One Response to : Emas Syarikat X atau Syarikat Z?

  1. CASINO HOTEL, CASINO - Mapyro
    View 포천 출장안마 detailed information for 진주 출장마사지 CASINO HOTEL, CASINO, 고양 출장마사지 RACING 여수 출장안마 & MORE in RACING, 하남 출장마사지 RACING & MOHEGANIA.

Leave a Reply