Pegangi kata-kata ini....

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Untuk tempahan jongkong emas, rantai emas, dinar dan perak Public Gold sila hubungi saya dengan cara..

Telefon: 013-9228908
Email: Jualemas525@gmail.com

Saya sedia membantu anda.

Jangan simpan duit..kertas and elektronik..

Dipetik dari email yang emasmalaya dapat pada 22/06/2009

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun
akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4..75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan di dalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford , org2 kuat IMF, Bank Dunia dan  segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan . Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.
Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN,BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. Tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

2. Emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe . Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US . Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak..

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin.'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia,dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse.. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Wallahualam

Regards,
Saiful Ngatmi

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Nilai Wang Kertas Terus Menyusut

Nilai Wang Kertas Terus Menyusut Dalam Jangkamasa Panjang

Zaman persekolahan di awal 70-an, 80-an dahulu , pelajar membawa antara 20 sen hingga 30 sen ke sekolah. Cukup untuk membeli sebungkus nasi lemak dan segelas air. Sekarang , sebungkus nasi lemak bersaiz yang sama berharga RM1.50, itupun jika nak rasa makan bersama-sama telur rebus…kena tambah lagi dalam 50 sen  hingga RM1.00. Tak kan nak makan tak minum air pulak…kena tambah lagi sekurang-kurangnya 50 sen…tu pun dapat sirap jer…nak milo ais …tambahlah banyak sikit.

Zaman 70 an aiskrim baru 2 sen

Graf menunjukkan nilai USD1 telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 hingga 2006. Bahkan , Mantan PM , Tun Dr Mahadhir menyatakan dollar Amerika seperti kertas tisu tandas jer.


Bandingkan graf kenaikan harga emas berbanding graf penurunan kuasa beli wang kertas.


Bagaimana hendak meyakini nilai wang yang dicetak tanpa disokong dengan nilai emas kerana dikatakan setiap auns emas bernilai USD35, sedangkan 1 auns emas hari ni dijual pada harga USD1,400.00

Emas bukan sahaja sukar diperolehi bahkah ianya tidak boleh dicipta. Jadi ianya tidak boleh dimanipulasikan. Berbeza dengan wang kertas atau fiat money, ianya boleh dicetak sesuka hati dan diberi nilai mengikut kehendak kerajaan yang mengeluarkan wang kertas itu.

Matawang hanyalah sehelai kertas yang diberi nilai tertentu tetapi tidak mewakili nilainya yang sebenar. Namun Emas dan perak boleh mewakili nilai sebenar kerana ia logam komoditi yang berharga dan diterima diseluruh dunia tanpa sempadan geografi, politik, sosial dan agama.

100 billion dollar di Zimbabwe hanya boleh membeli tiga biji telur ayam sahaja!! Entah berapa ratus billion pulak kalau nak beli seketul ayam goreng, malah nak beli seekor ayam…teruk kalau macam ni berlaku di Malaysia.


Bandingkan dengan EMAS.

Harga seekor kambing di zaman Rasulullah 1400H yang lalu ialah 1 Dinar (emas 916 seberat 4.25gram)  dan seekor kambing  masih dapat dibeli dengan hanya1 Dinar sahaja sekarang   Jadi boleh disimpulkan EMAS = INFLASI SIFAR. Emas juga tidak boleh dimanipulasi kerana nilainya stabil untuk seluruh dunia, berbanding matawang yang berbeza setiap negara.

Cuba fikir mana lebih untung,  jika anda bawa 20gram emas ke Singapura dan menjualnya anda akan dibayar mengikut berat dan kandungan emas dalam dollar Singapura atau anda bawa RM3,000 dan tukar kepada Dollar Singapura. Anda tidak akan dibayar dalam RM walaupun EMAS itu dibeli di Malaysia. Bermakna nilai emas akan dibayar mengikut harga dimana emas itu dijual atau dibeli. Inilah bukti menunjukkan EMAS itu mengekalkan nilai wang anda.

Sebab itu pelarian vietnam dan kemboja yang melarikan diri dari peperangan datang ke Malaysia dengan membawa EMAS. Takkanlah mereka nak mengangkut ayam, itek, kambing atau lembu naik bot kan…

Anda masih lagi ingin menyimpan wang tunai?

Untuk pembelian emas…call sekarang admin emasmalaya di 013-9228908…

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Di kala semua Bursa saham merundum... Emas berada di kelas yang tersendiri.


Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Emas Syarikat X atau Syarikat Z?


Untuk pengetahuan anda, ada dua perkara paling penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat pelaburan emas iaitu harga jual dan spread rate yang ditawarkan. Spread ialah peratus beza harga jual dan beli.

Bagaimana cara mengira kadar spread?
Caranya mudah sahaja, mula2 kita lihat harga jual (we sell) dan harga beli(we buy)


Gold (Gram)
We Sell (RM)
We Buy (RM)
10
1850

1750


Cari beza di antara harga jual dan harga beli => 1850-1750 = 100
Kemudian, cari peratus perbezaan harga tersebut => 100 /1850 x 100 = 5.4%
Peratus serendah 5% inilah yang dinamakan spread rate

Mengapa perlu harga dan kadar spread yang rendah?

Untuk makluman anda semua, kebanyakan syarikat pengeluar emas tidak akan membeli emas keluaran syarikat yang lain. Jika mereka beli pun, harganya akan ditolak sehingga 20%-30% daripada harga semasa.  Ini merupakan satu kerugian besar bagi pemegang emas. Jadi, tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki, ialah di tempat asal anda membelinya. Oleh itu, ianya amat penting, apabila anda membeli sesuatu produk emas itu, pastikan ia boleh dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tinggi (spread rendah), serta ketahui syarat-syarat jualan semulanya.

Namun begitu, jika anda mahu memaksimumkan keuntungan anda, spread ini boleh diabaikan. Caranya ialah anda menjual kembali emas tersebut kepada end user, bukannya kepada pihak pengeluar. Jika anda menjual kepada pengeluar, mereka akan membeli dengan harga We Buy seperti yang tertera di laman web, ini sedikit merugikan. Namun, jika anda menjual kepada end user, anda boleh menjualnya dengan harga semasa seperti yang tertera di laman web. Jadi di sini, spread anda adalah 0%.. Spread yang tertera di laman web boleh diabaikan.

Berikut merupakan situasi dan perbandingan yang sering berlaku dalam hal memilih emas.:

1) Syarikat X dan Syarikat Z menawarkan harga jual yang sama dan spread yang berbeza iaitu Syarikat X 10%, Syarikat Z 5%
Dalam kes ini, Syarikat Z haruslah menjadi pilihan anda kerana spread Syarikat Z lebih rendah.

2) Syarikat X dan Syarikat Z menawarkan harga jual yang agak jauh berbeza. Harga Syarikat X untuk 100g adalah RM15,000 manakala Syarikat Z RM16,000. Spread Syarikat X 10%,  dan Syarikat Z  5%.
Di dalam kes ini, jika anda memilih untuk jual kembali kepada pihak pengeluar, Syarikat Z haruslah menjadi pilihan kerana perbezaan spread yang agak ketara di antara keduanya. Namun begitu, jika anda tidak bercadang untuk menjual kembali kepada pengeluar dan mahu menjual kepada end user, syarikat X adalah yang terbaik kerana pada pembelian pertama lagi anda sudah untung RM1000, dan spread anda adalah 0% jika menjual kepada end user..

3) Syarikat X dan Syarikat Z menawarkan harga jual yang agak jauh berbeza. Harga Syarikat X untuk 100g adalah RM16,000 manakala Syarikat Z RM15,000. Spread Syarikat X 5%,  dan Syarikat Z  6%.
Di dalam kes ini, Syarikat Z menjadi pilihan utama tidak kira jika anda mahu menjual kepada syarikat atau kepada end user. Ini kerana, pada pembelian pertama lagi anda sudah untung RM1000 jika membeli dengan Syarikat Z. Jika anda memilih untuk jual kembali kepada pihak pengeluar, perbezaan spread di antara keduanya terlalu sedkit berbanding semasa anda mula-mula membeli. Jika anda tidak bercadang untuk menjual kembali kepada pengeluar dan mahu menjual kepada end user, sememangnya Syarikat Z adalah yang terbaik kerana pada pembelian pertama anda sudah untung RM1000 dan spread anda adalah 0%.

4) Syarikat X menawarkan proses lock atau jual beli 24 jam dan harga mengikut harga pasaran semasa, manakala syarikat Z hanya mengubah harga sehari sekali sahaja dan waktu operasi terhad.
Syarikat X akan menjadi keutamaan kepada pelabur jangka masa pendek (trader) dan Syarikat Z untuk pelabur jangkamasa panjang.

Sebagai kesimpulan, ikutlah kepada cara macammana anda ingin melabur duit anda. Sekiranya anda membeli emas dengan harga yang mahal, anda akan menjual emas itupun dengan harga yang mahal kepada syarikat itu. Sekiranya anda membeli emas dengan harga yang murah maka murahlah emas itu dibeli kembali oleh syarikat itu. Tepuk dada tanya selera. 

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 1 Comment

Duet' Hall Menjangkakan emas akan mencecah USD 2000 dalam masa 6 bulan akan datang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Rezeki... Rezeki... Rezeki... sekiranya kata-kata Duet' Hall menjadi kenyataan,  rezekilah kepada sesiapa yang melabur emas ketika ini. Lihatlah sesi wawancara beliau di Bloomberg 10/10/2011 baru-baru ini.


Bayangkan harga emas semasa USD 1680 ke USD 2000, peratus kenaikan emas ini mencapai 19% dalam masa 6 bulan. Jika anda melabur sekarang RM 40000 di ar-Rahnu atau Public Safe (kena tanya caranya dengan saya) anda akan mendapat pulangan keuntungan (modal tak usik pun) berjumlah RM 7600 dalam masa 6 bulan tu. Wow!!! siapa sangka dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini. Baru sekejap tadi emas malaya tengok berita terkini di TV3 mengatakan Itali berkemungkinan akan terjerumus ke dalam situasi MUFLIS sama seperti yang sedang berlaku di Greece.

Rusuhan kerana kebimbangan rakyat terhadap kadar Inflasi yang meningkat di Itali [klik]

 Ini secara langsung akan memberi impak yang besar kepada harga emas semasa dunia. Belum terlambat sekiranya anda mahu melabur dalam emas kerana harga sekarang masih lagi reasonable. Jumpa lagi.

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Siapa yang tentukan harga emas???

Prof. Dr. Hj. Zuhaimy Ismail
Professor Dr. Hj. Zuhaimy Ismail is a Professor in Operational Research from Universiti Teknologi Malaysia. Areas of interest include: Heuristics Optimization, Forecasting, Survey Research, Modeling, Gold Economy and Gold Dinar Mechanism

DdRG, UTM Skudai

Hampir setiap hari dalam penghidupan ini, kita berhadapan dengan konsep ‘harga’.  Harga sekilo ikan kembung, harga kereta Proton Wira dan harga minyak masak di pasaraya.  Pernahkah kita bertanya apa itu sebenarnya harga?  Sejarah awal manusia menunjukkan mereka saling memerlukan pertukaran barangan dan perkhidmatan.  Mereka melakukan pertukaran dan perdagangan dengan meletakkan sesuatu nilai kepada ‘logam kuning’ yang dikenali sebagai emas yang boleh ditukar dengan pakaian dan makanan.  Mereka menggunakan suatu komoditi asas sebagai benda bernilai dan membuat pertukaran barangan dan perkhidmatan dengannya dan dari sinilah bermulanya konsep harga.

Perdagangan yang berlaku di pasar di bandaraya seperti Istanbul, Rabat dan Baghdad, harga sesuatu komoditi diletakkan oleh penjual dan aktiviti tawar menawar berlaku atau dibahaskan, kemudiannya setelah mencapai persetujuan tentang harga barulah pembayaran dibuat dan pertukaran barang berlaku.

Bagi kebanyakan perkhidmatan, harga boleh dinyatakan mengikut kadar usaha dalam masa.  Harga suatu komoditi, harganya ditentukan oleh pembolehubah asas bekalan dan permintaan dalam pasaran.  Bagi kebanyakan pengguna, harga adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh penjual dan kita sebagai konsumer hanya berupaya untuk menerimanya atau tidak.


Dinar emas adalah koin seberat 4.25gram emas 22 karat.  Siapa yang menetapkan harga dinar emas ini?  Oleh kerana dinar emas diperbuat daripada emas tulen, harganya sudah tentu bergantung kepada harga emas mengikut harga pasaran emas dunia.  Siapa pula yang menentukan harga pasaran emas dunia ini?  Adakah pengeluar emas yang menentukan harga?

Pengeluar kelapa sawit tidak terus mengeluarkan minyak masak.  Bahan mentah yang dikeluarkan diproses terlebih dahulu sebelum digunakan atau diekspot.  Pengeluar emas tidak sama seperti pengeluar barangan komoditi lain seperti getah dan kelapa sawit.  Kita dapati hasil keluaran lombong emas adalah suatu produk langsung iaitu emas.  Oleh kerana hasil keluaran lombong adalah emas dan sifat emas yang sekata ini menyebabkan harga emas di London adalah sama dengan harga emas di mana ianya dikeluarkan.  Oleh itu tidak terdapat perbezaan atau persaingan dari segi harga logam yang dihasilkan.

Lombong Emas Ashanti 

Sebab itulah AngloGold sebuah syarikat perlombongan terbesar di dunia tidak bersaing dengan Newmont pengeluar emas kedua terbesar atau Newcrest atau Ashanti atau dengan mana-mana pengeluar emas yang lain.  Walau di mana emas itu dilombong, harga emas dunia tetap sama dengan harga yang telah ditetapkan dalam dolar AS.  Siapa yang menetapkan harga emas?  Yang membezakan harga satu auns emas adalah kos pengeluarannya.  Pengeluar emas dunia mesti menerima harga emas antarabangsa yang ditetapkan oleh agen dengan telefon berangkai di sebuah pejabat di bangunan tua di London dengan bantuan imbasan pada skrin komputer yang menunjukkan perdagangan elektronik yang berlaku di New York.  Pelombong emas tidak ada kuasa langsung untuk menentukan harga emas yang mereka keluarkan.  Pengeluar emas hanyalah sebagai penerima harga yang telah ditetapkan oleh lima orang yang dilakukan dua kali dalam sehari.  Seperti perniagaan lain, yang utama dalam mana-mana perniagaan adalah keuntungan, sesuatu yang menjadi punca utama kunci untuk terus wujud dalam perniagaan iaitu fungsi harga produk yang dikeluarkan.  Keuntungan adalah pendapatan tolak kos, pendapatan yang ditentukan oleh hasil darab kuantiti yang dijual dengan unit harga bagi setiap item.

Oleh kerana harga emas itu sama walau dimana ianya dikeluarkan maka untuk pengeluar emas boleh meningkatkan keuntungan hanyalah dengan meningkatkan kuantiti dan menempakan emas itu kepada matawang yang lebih bernilai tinggi.  Jadi keuntungan boleh ditokok dengan meningkatkan kuantiti emas yang dikeluarkan.  Tetapi secara asasnya jika harga emas telah ditetapkan, cabaran kepada pelombong hanyalah dengan mengurangkan kos pengeluaran.  Hanya kos pengeluaran sahaja yang boleh dikawal oleh pengeluar emas.

Kos boleh diminimumkan dengan meningkatkan kecekapan pengeluaran emas, walau bagaimanapun oleh kerana keadaan perlombongan yang ada sekarang, pelombong hanya mempunyai sedikit sahaja pilihan untuk mengubah cara melombong dan meminimumkan kos.  Cara lain adalah dengan mendapatkan jongkong yang lebih berkualiti dibandingkan dengan kuantiti jongkong yang dikeluarkan.

Berdasarkan kos pengeluaran yang diberikan oleh Gold World bahawa kos pengeluaran bagi bulan March yang dicatatkan oleh lapan pengeluar emas di dunia yang mewakili satu pertiga pengeluaran emas, purata pengeluaran mereka adalah US$232 per auns.  Jika dimasukkan kos perkhidmatan, faedah wang kertas, kos terokaan dan percukaian semuanya berharga dalam lingkungan US$42 per ouns, jadi kos efektif pengeluaran emas adalah US$274 per ouns.

Harga emas makin meningkat dibandingkan dengan dolar Amerika.  Faktor pengerak harga emas mengarahkan kepada harga emas terus meningkat.  Perhatikan apa yang berlaku sekarang terhadap usaha AS.  Peperangan menentang keganasan oleh AS dengan koncu-koncunya membawa kepada peningkatan harga emas.  Tingginya harga emas akan meningkatkan defisit perbelanjaan yang melemahkan lagi dolar Amerika.  Kelemahan dolar Amerika akan meninggikan lagi harga emas.  Rendahnya kadar faedah yang berlaku sekarang ini tidak disenangi oleh banyak institusi kewangan.  Kadar faedah yang amat rendah pada aras terendah sejak 40 tahun telah meningkatkan lagi penjanaan bekalan wang kertas lantas meningkatkan harga emas.  Sebaliknya jika harga emas dikawal di aras yang rendah, pengeluaran emas pula tidak menguntungkan dan ini akan mengurangkan jumlah emas dalam pasaran.  Keadaan begini akan meninggikan harga emas.  Permintaan kepada emas terus meningkat dengan bilangan penduduk dunia yang bertambah.  Kadar faedah yang rendah akan mengurangkan aktiviti ‘hedging’ dan ini akan menyebabkan kurang bekalan emas dan kesannya adalah kenaikan harga emas.  Kurangnya kepercayaan dunia dengan polisi yang diamalkan oleh AS akan menyebabkan masyarakat dunia mengalih pergantungan kepada dolar Amerika.  Emas menjadi sandaran yang paling kukuh.


Satu lagi fenomena penting yang berlaku sekarang ini ialah peningkatan permintaan emas oleh negara China.  China telah membuat keputusan untuk mengikat “reserve” asingnya dengan emas.  Tindakan China ini menambah permintaan emas dunia dan dengan perkembangan ekonomi yang memberansangkan permintaan kepada emas akan terus meningkat.  Shanghai Gold Exchange (SGE) telah mula membuka peluang untuk rakyat negara itu untuk melabur dalam emas fizikal dan ini meningkatkan lagi permintaan emas serta meningkatkan kecairan perdagangan berasaskan emas.  Tindakan oleh SGE telah secara langsung meningkatkan lagi permintaan emas dan harga emas.  Polisi domestik negeri China telah meningkatkan pendapatan lebih daripada 800 juta rakyatnya dan ini akan meningkatkan kuasa membeli rakyatnya seterusnya meningkatkan permintaan emas.

Graf harga emas dalam dolar per ouns adalah pada kadar meningkat sejak tahun 1990 hinggalah ke tahun 2003. Begitu juga dengan Equities (S&P 500 index) menunjukkan kadar minimum yang meningkat mengikut tahun yang sama.  Beberapa faktor yang menyokong kenaikan harga emas adalah pasaran ekuiti sekarang ini di bawah paras di mana harga emas berkadaran songsang dengan S&P 500.  Perbelanjaan defisit dan kadar pulangan yang rendah atau sifar membawa kepada susutnya nilai dolar Amerika.  Kita dapati juga banyak pelombong emas terus mengumumkan untuk mengurangkan program ‘hedging’ dan meningkatkan permintaan terhadap emas fizikal walaupun harga emas yang agak tinggi.

Pembaharuan dalam minat pelabur untuk melabur dalam dagangan emas turut meningkatkan lagi permintaan emas dengan pelaburan yang meningkat di China disebabkan kelongaran peraturan pemilikan dan perdagangan emas.  Kekurangan penemuan lombong emas yang baru di dunia dengan permintaan emas yang tetap tinggi akan terus meningkatkan lagi harga emas.  Semua peristiwa yang dinyatakan di atas memberi petanda bahawa harga emas dibandingkan dengan dolar Amerika akan terus meningkat.  Untuk mengurangkan impak ini, kita dengar baru-baru ini bank Eropah telah menjual jongkong emasnya dan tindakan ini menurunkan sedikit harga emas tetapi kembali tinggi setelah beberap minggu.  Apa yang kita boleh pelajari adalah sistem perbankan barat akan mencari jalan supaya kepercayaan kepada emas tidak diterima masyarakat.  Mereka merasakan simpanan emas tidak membawa banyak keuntungan kerana mereka selama ini menjalankan aktiviti menyorok (hoarding) emas dari diguna pakai oleh masyarakat umum.

Matawang dinar emas tidak bergantung kepada mana-mana koporat atau kerajaan “janji untuk membayar’.  Ianya digunakan sebagai sandaran kegagalan bank, kawalan pertukaran asing dan penilaian semula matawang kertas (currency devaluation).  Ianya sangat relevan kepada pasaran yang baru.  Negara yang baru mengembangkan ekonominya seperti Burma, Kemboja dan Laos mendapati dinar emas amat sesuai untuk melindungi pendapatan negaranya, Timor-Timor negara baru yang masih menggunakan dolar Amerika sedang mencari alternatif kepada wang kertas tak bernilai ini.  Dinar emas mampu menjadi matawang negara itu dan perdagangan boleh dilakukan dengan menggunakan dinar emas.  Umat Islam harus yakin untuk berubah kepada penggunaan dinar emas sebagai simpanan kekayaan sebenar atau komoditi lain.  Kekayaan sebenar ini mesti diusahakan supaya berada di tangan umat Islam, bukan bergantung kepada wang kertas dolar Amerika yang terus menerus susut nilainya disebabkan oleh faktor riba, inflasi, manipulasi dan spekulasi peniaga matawang dunia.

Emas Ibu duit

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Tahun 2012 Emas RM 200 Per Gram ?


TRIBUNMANADO.CO.ID, MANADO- Emas  pada awal Januari 2012 harganya dijangka naik menjadi RM 200 per gram. Harga tersebut sudah dimasukkan  ke dalam kontrak akan datang yang mana akan diperdagangkan.

"Bulan Disember 2011, harga emas  akan menjadi RM 180 per gramnya," kata Support Sinarmas Future Jakarta-Manado, Donald Tompodung, pada Tribun Manado semasa ditemui di biliknya, Rabu (12/10).
Pada masa yang sama, Penganalisis Pasaran Modal Manado, Daniel Kurniadi G, mengatakan dalam enam atau 12 bulan ke depan, harga emas akan terus diperdagangkan naik. Namun ia bergantung kepada masalah hutang yang melanda Eropah.

"Untuk level harian, emas sebahagian besar mengikuti pergerakan mata wang. Pada masa ini, emas turun sekitar 1 %, seiring dengan bursa saham dan euro yang tertekan memudahkannya mengoptimis mengenai krisis hutang zon eropah dan menjelang voting di Slovakia untuk meritifikasi penambahan dana bailout," ujar Daniel.

Daniel menambahkan, negara Greece harus mendapatkan bantuan bulan depan untuk menghindari kebangkrapan. Greece dapat membuat sedikit kemajuan dalam memenuhi syarat bailout yang disetujui bulan Mei lalu.

"Jerman sendiri mengatakan, keputusan untuk menyalurkan bantuan masih terbuka. Dan apakah sekarang ini waktu yang tepat untuk membeli emas?. Sebelum kita membeli emas perlu diketahui bahawa kenaikan harga emas yang begitu sangat cepat perlu dilihat secara cermat dan berhati-hati," ucapnya.

Ia menjelaskan harga emas dunia sejak Januari hingga Julai 2011 telah naik sekitar 47 %, bahkan mencapai pada paras tertinggi iaitu sekitar USD 1.900 per troy ons di awal September 2011, dan harga emas saat ini menyentuh level di kisaran USD 1.625- 1.700 per troy onsnya.

"Sebaiknya pelabur menunggu dulu karana meskipun berdasarkan harga dollar Amerika Syarikat turun namun harga emas dalam Ringgit Malaysia cenderung masih stabil. Semakin tinggi nilai tukar dollar AS akan membuatkan harga emas turun," jelas Daniel. (def)

Emas Ibu Duit

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments