Pegangi kata-kata ini....

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar RASULULLAH SAW telah bersabda; Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Untuk tempahan jongkong emas, rantai emas, dinar dan perak Public Gold sila hubungi saya dengan cara..

Telefon: 013-9228908
Email: Jualemas525@gmail.com

Saya sedia membantu anda.

Nilai Wang Kertas Terus Menyusut

Nilai Wang Kertas Terus Menyusut Dalam Jangkamasa Panjang

Zaman persekolahan di awal 70-an, 80-an dahulu , pelajar membawa antara 20 sen hingga 30 sen ke sekolah. Cukup untuk membeli sebungkus nasi lemak dan segelas air. Sekarang , sebungkus nasi lemak bersaiz yang sama berharga RM1.50, itupun jika nak rasa makan bersama-sama telur rebus…kena tambah lagi dalam 50 sen  hingga RM1.00. Tak kan nak makan tak minum air pulak…kena tambah lagi sekurang-kurangnya 50 sen…tu pun dapat sirap jer…nak milo ais …tambahlah banyak sikit.

Zaman 70 an aiskrim baru 2 sen

Graf menunjukkan nilai USD1 telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 hingga 2006. Bahkan , Mantan PM , Tun Dr Mahadhir menyatakan dollar Amerika seperti kertas tisu tandas jer.


Bandingkan graf kenaikan harga emas berbanding graf penurunan kuasa beli wang kertas.


Bagaimana hendak meyakini nilai wang yang dicetak tanpa disokong dengan nilai emas kerana dikatakan setiap auns emas bernilai USD35, sedangkan 1 auns emas hari ni dijual pada harga USD1,400.00

Emas bukan sahaja sukar diperolehi bahkah ianya tidak boleh dicipta. Jadi ianya tidak boleh dimanipulasikan. Berbeza dengan wang kertas atau fiat money, ianya boleh dicetak sesuka hati dan diberi nilai mengikut kehendak kerajaan yang mengeluarkan wang kertas itu.

Matawang hanyalah sehelai kertas yang diberi nilai tertentu tetapi tidak mewakili nilainya yang sebenar. Namun Emas dan perak boleh mewakili nilai sebenar kerana ia logam komoditi yang berharga dan diterima diseluruh dunia tanpa sempadan geografi, politik, sosial dan agama.

100 billion dollar di Zimbabwe hanya boleh membeli tiga biji telur ayam sahaja!! Entah berapa ratus billion pulak kalau nak beli seketul ayam goreng, malah nak beli seekor ayam…teruk kalau macam ni berlaku di Malaysia.


Bandingkan dengan EMAS.

Harga seekor kambing di zaman Rasulullah 1400H yang lalu ialah 1 Dinar (emas 916 seberat 4.25gram)  dan seekor kambing  masih dapat dibeli dengan hanya1 Dinar sahaja sekarang   Jadi boleh disimpulkan EMAS = INFLASI SIFAR. Emas juga tidak boleh dimanipulasi kerana nilainya stabil untuk seluruh dunia, berbanding matawang yang berbeza setiap negara.

Cuba fikir mana lebih untung,  jika anda bawa 20gram emas ke Singapura dan menjualnya anda akan dibayar mengikut berat dan kandungan emas dalam dollar Singapura atau anda bawa RM3,000 dan tukar kepada Dollar Singapura. Anda tidak akan dibayar dalam RM walaupun EMAS itu dibeli di Malaysia. Bermakna nilai emas akan dibayar mengikut harga dimana emas itu dijual atau dibeli. Inilah bukti menunjukkan EMAS itu mengekalkan nilai wang anda.

Sebab itu pelarian vietnam dan kemboja yang melarikan diri dari peperangan datang ke Malaysia dengan membawa EMAS. Takkanlah mereka nak mengangkut ayam, itek, kambing atau lembu naik bot kan…

Anda masih lagi ingin menyimpan wang tunai?

Untuk pembelian emas…call sekarang admin emasmalaya di 013-9228908…

POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Leave a Reply